TOP READERS

Tuesday, July 26, 2011

cerita dari IDC 2011

Hey guys . its me again .haaawwwaaw kau. haa boleh macam tu? haha . sumpah weh rindu dengan kipas susah mati semua . cukup dua bulan aku tak lap habuk dekat my silly story ni . entry kali ni lebih kepada pengalaman aku menyertai committees accomodation time Interschool Debating Championship yg diadakan dekat uiam gombak hari tu . Actually this is my first time join committee bagai . sebab nak cari pengalaman baru aku pun tanpa fikr banyak terima je ah invitation farid farish (ramai ramai add dia )
.lagipun aku difahamkan if join benda alah ni ia dapat tolong pointer kita time nak grade dari cfs ni .kalau peringkat universiti dah ada markah sikit apa lagi kalau peringkat kebangsaan macam ni . memang 4 flat lah kan haha. tak salah mencuba gitu . jadi kalau dah join activiti dua minggu , maka class pun terpaksa ah di tinggalkan buat sementara waktu . tapi ada juga mulut mulut longkang yg jelous sebab aku dapat excuse tak pegi class (weh belajar lagi baik dari ponteng2 ni haha) dua minggu bhai ! lama tu .lagipun bukan cara aku nak ponteng kelas sesuka hati . lagi lagi lepas habis program ni terus midterm .
sorry gambar bergaris di celah bawah tu . biasalah kamera fon murah digunakan:D . yang ni adalah tag yang diberikan kepada semua committees dan wajib ditayangkan di dada sekiranya tidak , anda akan kelaparan sepanjang program.tapi untuk committee accomodation tak perlu risau sebab makanan
memang akan dihantar dekat gazebo mahallah maryam
oleh pihak catering.terima kasih yoba cute ^^


Memandangkan committee kitaorang menjaga accomodation , seharusnya kitorang berada disana lebih awal dari yg lain . maka untuk seminggu aku dengan farid tidur ala ala ayam gitu sebab takda bantal and block tersebut tiada penghuninya haha . seram weh dah lah dekat hujung bukit



okay .time registration adalah time paling tak senang duduk. kitorang sangat busy sebab menyambut kedatangan hampir seratus buah sekolah termasuk
sbp, mrsm , smka , smk , tak lupa juga sam :D .
kak aina ni memang muka macam tu sebab dia yang paling tua kat situ


785 buah bantal dan selimut siap untuk di serah kepada pendebat pendebat semalaysia


oleh sebab committee kitorang satu bumbung dengan committee transport , terpaksalah kitorang bekerja dan bersama dengan mereka even head committee (jasmine sulaiman ) kitorang tak beberapa berkenan dengan diaorang . tapi honestly aku enjoy je bersama dyorang . tak ada masalah pun . maybe gaya mereka yang ala ala diva hampeh gitu . tapi diaorang punya sifat happy
go lucky yang buat aku enjoy and memang tak kering gusi aku dengan diorang . sumpah ketua diorang (capab) sangat funny habis . sebab penat punya pasal and konon nak lepas tension , hari isnin hari tu diorang ajak kitorang main bowling 3 games sama sama dekat
wangsa walk .juara tak payah cakap lah kan . jasmin (committee transport ) .even aku strike 3 kali je dalam semua game . kisah pulak aku strike banyak ke tak, janji enjoy .yedak kate ko?

technic blur digunakan bagi mengelak mamat hot kat atas ni
diganggu oleh diva diva tersebut haha (yang tengah itu aku okay )


okay fokus dekat minah sorang tu , dia mencuba keras untuk strike tetapi mesti ada je satu pin yang tertinggal , takpun masuk longkang tepi tu haha . amira a.k.a abah

hot tak hot kau , ini lah capap yang aku mentioned kat atas tu . yang besar tu eh bukan yang kurus tu


wakil accomodation yang boleh tahan power . hmm lebih lah sikit dari aku


Antara banyak2 tugas tugas committee accomodation ni . ini lah part yang kitorang suka gila. kitorang di tugaskan menjaga satu mahallah (asrama ) yang terdiri dari 7 block dari pukul 12.30 malam sampai subuh menjelang .konon hendak nahi mungkar mengelakkan maksiat dalam kalangan peserta budak2 sekolah gitu . bukan betul diorang ni . diam diam ubi berulat .tapi yang ini sumpah, memang kalah kerja JAIS haha . oleh sebab itu , mahallah office terpaksa jadi mangsa port kitorang berjaga malam . actually kitorang takde berjaga sangat pun. sambil tu lepak lepak tengok movie , makan chickadees mengumpat bergosip bagai haha . chill lah bukan selalu dapat buat mcm ni . mesti Jasmine marah bila dapat tau ni haha .btw. sebab nak tengok harry potter dekat wangsa walk sama2 punya pasal .terpaksa lah kitorang sama sama tengok part 1 punya dulu dalam pukul 2 pagi dekat laptop. hmm yelah takut takut tak faham time kat wayang nanti walaupun tak habis(sebab ngantuk sangat ) haha . jadi bergelimpangan lah kitorang dalam mahallah office tu sementara imam masjid uia azan subuh haha.
kak aina khusyu' ushar video mak jemah af


this is ajmal . talkative person haha


amboi farid gelak besar kau eh mengumpat capap haha

seperti yang dijanjikan . last day of program kitorang bersama sama pergi wangsa walk untuk movie harry potter part 2 . sumpah best . bak kata yang aku ( zahidah hanis ) tak penah tengok harry potter langsung pun dah boleh faham dah (padahal tak faham apa dia ni ) haha . tapi apa yang tak best sangat sebab voldemort cepat sangat mati . so klimaks cerita tu tak sampai puncak betul betul haha.cuba lah buat dia mati terseksa dulu ke macam movie SAW tu .kan . habis tengok movie mesti ah lapar . so jalanlah kitorang depan sikit pergi kfc wangsa maju yang ada drive thru tu haha . ingat nak teman girls makan je last2 ada orang nak belanja . sentap jelah kan weh . btw kfc punya tart telur not bad . sedap lah jugak . yum yum . terima kasih ajmal atas perbelanjaan .



tak cukup sorang ni . yang !!



sos cili hampir habis kitorang kaut tamak punya pasal . credit amira and azri


sejak ada bb mamat tu tak lekang dengan bb dia
eh ilyas (left one ) yang sedang berlaku curang curang haha



mamat nih cool je . (muka cuak sebab curfew hours dah habis)


yang aku . amboi melahap ayam . belakang tu amalia (mama ) . hmm .dia yang perabih jeli syrup hari tu kan . hisshh

zahida main fire fire dengan aku . jatuh nusyuz nanti okay haha

I wont forget the great moments , guys



and banyak lagi gambar , sebab photoghrapher sejak balik rumah dah tak online online dah . susah nak dapat gambar2 hari tu .cukuplah ni nak tunjuk yang korang perlu jelous sebab tak join sekali haha

kenyang dengan sembang punya pasal tak sedar dah lebih pukul 12 malam . semua dah cuak takut kena saman sebab dah habis curfew hour kan . lagi lagi zahidah dengan amalia sebab diaorang baru kena saman hari tu sebab tak pakai helmet pergi balik mahallah haha . konon nak minta back up Jasmine . last2 call tak dapat .terpaksa ah jalan naik cab pergi balik masuk uia . memang semua dah redha if kena saman lah kan sebab memang salah kitorang . last2dah sampai main gate sana , pak guard uia tu ceh tunduk je konon tak nampak kitorang .kebaikan beliau kalah dengan pak guard uia nilai, wah aku memang rasa kitorang mlm tu memang dibawah perlindungan Allah . haha

hari jumaat kitorang pun blah balik selepas semua dah settle . aku just nak cakap yang aku memang had fun join committee ni .macam macam pengalaman aku dapat . yang penting aku dapat belajar istilah baru seperti boleh macam tu? , yang , oppss! chhooii dan banyak lagi dari diva divana tu haha . sumpah kelakar . okay . disini aku nak ucap terima kasih banyak banyak atas semua pengalaman hebat dalam IDC ni . segala kekasaran dalam bahasa minta ampun dan maaf semoga kita berjumpa lagi dalam next program bulan 10 nanti . eh bulan 9 ada dinner kita kita kan . yeah . i cant wait for that time . #kthanksbye


*antara kitorang . boleh lah add ramai ramai lepas ni :D