TOP READERS

Saturday, December 25, 2010

ENTAH REAL ENTAH TIDAK

kelip-kelip detik jam di hp compaq menunjukkan 2.45 am. keseorangan di dalam bilik b1-1-11 .ahhh. tak boleh ku lelapkan mata.ibarat bermalam dalam kawasan nilai memorial park.emmm. Ataupun terlalu banyak eye-shitt (pengguna eye-shadow taw la) kat mata aku ni. nah kau. akhirnya aku jumpa ape yg mengganggu aku. tu haa. air paip tandas yang bocor jatuh berjurai jurai ke tiles tandas wangi kami. bunyinya yang seperti seseorang sedang mandi sambil menyanyi lagu pulangkan( by misha)sgt2 membuatkan hati ini terketar ketar. bukan ape . peninggalan penghuni2 cfs IIUM nilai pada waktu ini menambahkan kecuakan dlm hati ini. asal la kau tak balik umah cepat2 muq. ok2. esok nak balik dah. tak sabar tu sudah semestinya la .

ok.itu settled
tapi sebelum aku balik ,aku teringin sangat. serius. teringin sangat hati kecil ini nak tulis pasal entri ni. aku pendam lama dah. namun. kekangan kekangan yang tak bisa dipudarkan membuatkan entri ini aku tangguhkan. aku terpaksa menjadikannye khazanah negara buat sementara waktu. tapi malam ini aku rasa aku sudah peroleh satu spirit utk mengetengahkan entri ini disini.

akhirnyaa..setelah sekian lama
jeng.jeng..

SUJU WANNA BE


pernah tgk video ini ?



yang tak penah tengok tu memang tak penah update pasal aku.cisss korang. sampai hati betol.
buat yg belom berjinak jinak nak taw tu. bia aku cer kat korang.
macam menarik kan.
gosok2 tangan. goyang2 kaki. shuffle2. robotic. aerobic .tak kurang juga penyair penyair berpengalaman. dan satu lagi. kangkang-dance (ala ala step up gitu).
sangat sangat talented mereka ini. kalau lah join showdown taun depan ni. memang 4 juta vote menerjah talian undi mereka .sape la taknak kan dancer dancer seperti ni.
3 words i can said

~hot
~sexy
~awesome

fuhh.sudah cukup untuk menggambarkan performance mereka ni.untuk pengetahuan semua. studio ini adalah hak milik joseph gonzales( sebenarnya hak milik kerajaan malaysia). oleh sebab joseph tu taw menari hindustan je. keadaan studio tu mmg tak sesuai untuk korea dance yg perlukan banyak pergerakan. jadi lah kau. asal dapat menari.

ok ..start..

tatkala music bermula. seorang jejaka comel sudah cukup untuk memenuhkan ruang isi kamera. terus mengcover dancer dancer yg lain. memang beliau dancer terbaik. menjalankan fungsi dgn begitu jitu sekali. linda jasmine.kau boleh amik dancer ni.harga boleh runding.aku tak nak la demand sangat kan. jadi kes zizan nin pulak nanti.

ok..tarian dimulakan dgn gosokan gosokan tangan dari kanan ke kiri.di ulangi sebanyak dua kali.ini adalah trademark mereka k. (jangan tuduh mereka meniru super junior tu).
mengangkat kaki pulak adalah hasil idea koreografer mereka (syido bukan nama sebenar). utk pengetahuan.beliau kami pinjam dari program dancing with the star tu. tapI oleh kerana beliau ni sangat teruja menari dgn malaysian. syido ni pun turut serta merta join venture sekali dlm video ni. yang mana? . cari lah sendiri. agak agak yang memnag korang nmapak betul2 menari tu..itulah beliau. fantastic kan.

untuk tidak dilupakan. seorang lagi talented dancer. yang juga talented penyair. dua dalam satu. beliau pula cuba menghayati wataknye dalam setiap pergerakan tarian ini. sape je aku tanye ni.yang boleh buat macam tu.beliau je kat malaysia ni.susah nak cari .beliau aku kenalkan .. dadiw(bukan nama sebenar). asal kuantan.berhijrah ke indonesia baru2 ni semata mata merebut title 'boyan'. sangat fanatik beliau ni.ok

yang ni pula memang tak boleh tahan dancing beliau. very superb. hot. seakan akan justin timberlake dgn madonna (4 minutes) . tatkala beliau mempunyai peluang utk kehadapan. terus beliau gunakan ruang untuk memulakan kangkang-dance. YEAHH!! menjadi juga akhirnya ( takde aduan seluar koyak yee) . bertenaga sungguh even baju allain delon beliau sudah mula menunjukkan kebanjiran di badannye.ahhh. beliau pedulikan. ape yg penting justin timberlake kena beraksi.. tak cukup tu beliau juga cuba meniru aksi lady gugu. pergerakan kekanan dan kekiri. yeaahh.menjadi lagi sekali. huh. superb. no one can be him. the only one. congrats freez. you done. utk pengetahuan.beliau berasal dari mesir.dulunye ada sebuah kingdom.di ketuainya sehinggalah bencana menimpa.beliau datang ke malaysia untuk membawa diri. sehinggalah di offer menjadi dancer grup ni.alhamdulillah.rezeki beliau .beliau lah freez (bukan nama sebenar) atau lebih glamor di panggil firaun .
panjang sial citer beliau ni.ok.done

tak lupe juga 3 orang dancer yang kurang menonjol ni. muqi (bukan nama sebenar) wifi (bukan nama sebenar) dan juga mall (bukan nama sebenar). ape pun bakat mereka memang hebat.tapi perlu di gilap dgn lebih lagi agar kekekokan tarian mereka tidak menjadi bahan kutukan mereka2 yang di mention di atas. jadi lah kan,kata practice 15 minutes.no wonder la kan. even si muqi tu di kutuk seakan akan menari seperti robot dan senam aerobik (mulut mulut longkang yg cakap ni). beliau tak kesah.beliau sgt istiqamah dgn tarian nye itu.kerna itu adlah diri beliau. syabas muqi (bukan nama sebenar) wifi (bukan nama sebenar) dan juga mall (bukan nama sebenar). kamuorang lagi hebat dari mereka sebenarnya.hah

ahh.ngantuk!!

ehh.tak kan aku nak citer kan setiap saat dance tu kot.pandai pandai la menilai tarian mereka tu.sesungguhnya mereka sangat berbakat.

MULUT LONGKANG SENTIASA WUJUD


tak kurang juga ni. ada juga yang sembang sembang soseh dok ngumpat belakang belakang ni. ni yang aku tak suka ni.cisssss. bukan ape laa. mereka ni tak kan tak faham kot. bukan sume student UIA ni berasal dari sekolah yg alim ulama' pak ustaznye.haissshh.menari ala ala super junior je pun.bukannya menari ala ala bogel gitu kan.. macam la buruk beno( ayat firaun) ape yg mereka buat tu.bukannye sembah buddha pun. dah tu .yang batak sgt menilai keburukan ni kenapa lah.tak nak cakap banyak ah. face to face kalau tak puas hati dgn mereka.heh

tik.tok.tik tok. 4 am

nampaknye malam semakin tua.pagi pun semakin membentangkan sejadahnye. eye shitt dimata ni pun semakin berketul ketul (tak larat nak korek lagi) .se moleknye aku labuhkan punggung ku di tilam bunga berwarna biru (satu uia tilam camni kan).nampaknye bunyi orang mandi tadi masih terpinga pinga di telinga ini. haisshh. apekah? .biar laa.aku dah ngantuk dan mau tido.rasa tak sabar utk balik perak tu semakin membara. berjumpa sanak sedara terchenta. satu lagi. aku nak mitak sedikt sedekah doa korang utk medoakan keselamatan sis aku yg bakal bersalin dlm masa terdekat ni. sepatutnye seperti yang di jadualkan beliau seharusnya mengeluarkan anak saudara aku tu minggu lepas lagi,tapi sampai sekarang tak muncul2 lagi.doa kan semoga bersalian beliau selamat ,aminn

nah 20 sen coz korang baca cerita aku di malam yang seram ni

1 comment: